ini entri ketiga sepanjang saya memiliki blog..blog,ruang peribadi yang saya anggap pentas untuk seseorang individu mengeksperasikan diri mereka..satu wadah untuk menulis perspektif dunia dari sudut pandangan sendiri dengan kebebasan..namun bukan dengan kebebasan total tanpa perbatasan...masih ada ruang lingkup yang tidak harus dilepasi berbekalkan rasa tanggungjawab kita...di mana bagi saya tanggungjawab itu ialah tanggungjawab sebagai seorang muslim juga seorang negarawan...blogger2 lain berhak menentukan perbatasan menulis mereka sendiri mengikut keutamaan mereka..
saya menyedari entri kali ini lebih bersifat formal...menggambarkan saya sebagai pengarang di ruang peribadi saya ini pada masa yang akan datang akan menulis mencakupi skop yang lebih luas selain dunia saya sendiri...entri ini tidak dirancang untuk kelihatan begini pada awalnya..namun setelah mula menulis,ini hasilnya...mungkin kerana sekian lama saya berkira-kira untuk melontarkan pandangan saya mengenai pelbagai isu sekeliling...saya cuba menyampaikannya dengan ayat yang tersusun dan dengan gaya penulisan yang lebih formal menyedari kepentingan hemah berbahasa bagi menyuarakan sesetengah perkara...ini hanya pengenalan..harapnya pada masa hadapan kita berpeluang berkongsi cerita..semoga blog ini memberi faedah kepada kita bersama...insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment